• September 2007
    M T W T F S S
         
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
  • Categories

  • Archives

  • Ads

Apa itu spyware?

Apa itu spyware : bahagian 1

Spyware merupakan perisian komputer yang apabila berada di dalam PC anda, ia akan melaksanakan beberapa arahan seperti mengumpul pelbagai data dari komputer anda (dari cara penggunaan anda, minat anda sehinggalah kepada maklumat peribadi anda), menyiarkan iklan-iklan yang tidak dikehendaki malah mengubah konfigurasi komputer anda – dan semua ini dilakukan tanpa pengetahuan dan kebenaran anda!
Antara petanda komputer anda telah diserang spyware adalah seperti:

1. Komputer anda dipenuhi pelbagai iklan – desktop anda penuh dengan pelbagai ikon yang menawarkan perkhidmatan, samada berbayar atau percuma; paparan pop-up iklan muncul secara tiba-tiba menyuruh anda membeli beberapa produk, seolah-olah anda melayari internet walaupun pada ketika itu kompuer anda tidak disambungkan ke internet; Start Menu anda juga dipenuhi dengan pelbagai shorcut ke laman web promosi pelbagai khidmat dan produk.

2. Perubahan ketara pada pelayar internet anda – Pelayar internet anda, terutamanya Internet Explorer (dan juga yang lain-lain seperti Netscape dan Firefox) dipenuhi dengan butang-butang yang tidak anda tidak pernah lihat sebelum ini, kebanyakannya berkaitan periklanan dan anda dapati amat sukar untuk menghilangkannya walaupun pelbagai setting telah diubah; Selain itu, segala konfigurasi pelayar anda telah berubah dengn sendirinya – setting laman ‘Home’ anda telah bertukar menjadi laman web lain yang tidak diketahui, walaupun anda telah menukar ‘setting’ home anda kepada alamat asal, namun ia tetap memaparkan laman web yang tidak diketahui itu; jika anda cuba ke laman ‘search engine’ seperti yahoo atau google, pelayar internet anda secara automaik membawa anda ke satu lagi laman ‘search engine’ lain (yang mungkin anda tidak langsung tahu mengenainya); anda juga mungkin gagal terus untuk megakses ke laman web popular seperti Yahoo!Mail, microsoft.com, google.com dan sebagainya.

3. Komputer anda menjadi lembap dan kerap ‘hang’ – Anda akan mendapati prestasi komputer anda semakin menurun; lampu merah LED pada mini tower anda berkelip-kelip tanpa henti walaupun tiada perisian atau program dijalankan; pelbagai perisian yang anda tidak pernah pasang/install secara tiba-tiba muncul dalam senarai program di komputer; dan komputer anda semakin kerap ‘hang’ dan terpaksa dihidupkan semula.
Ketiga-tiga simptom di ats menunjukkan kemungkinan besar komputer anda telah diserang spyware. Prestasi komputer anda menurun dan kerap hang kerana pada masa bekerja menggunakan komputer, spyware juga turut sama ‘bekerja’ di belakang tabir tanpa penegtahuan anda –mengumpul maklumat yang diperlukan dan dihantar ke pengkalan data pencipta spyware apabila anda menyambung komputer di internet. Kerja yang anda lakukan dan ditambah pula dengan ‘kerja oleh spyware’ memberi beban kepada memori dan kestabilan komputer anda apabila terlalu banyak proses dijalankan pada suatu masa. Akhirnya komputer anda menjadi seolah-olah lembap dan akhirnya ‘hang’. Spyware yang memaparkan iklan pada komputer anda dikenali juga sebagai ‘Adware’. Perisian spyware bertindak sendiri mengubah konfigurasi komputer anda agar anda terus ‘berhubung’ dengan penciptanya, seperti contoh tidak boleh akses ke laman web tertentu dan memaksa anda ke laman web yang dikehendaki pencipta spyware agar anda terus ‘berhubung’ dan ‘membekal sumber’ padanya. Malah ada spyware yang lebih ‘gangster’ memaksa anda membeli produk tertentu yang diiklankan atau tidak ia akan terus merosakkan sistem komputer anda. Baru-baru ini terdapat ancaman terbaru spyware yang menyamar sebagai perisian antispyware (antispyware ialah perisian untuk mencegah, menghalang dan membersih komputer dari ancaman spyware).
Tetapi, anda tidak perlu bimbang. Dengan mengenali ‘musuh’ utama komputer anda ini, anda mampu menghalangnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: